Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menteri Pembangunan hadiri perasmian CAFEO ke-37

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

3_Menteri Pembangunan hadiri CAFEO37.jpg

5_Menteri Pembangunan hadiri CAFEO37.jpg

YANG Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menerima Anugerah Distinguished Honorary Fellow oleh Pengerusi ASEAN Federation of Engineering Organisations semasa Majlis Perasmian tersebut.

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 11 September. – Conference of the ASEAN Federation of Engineering Organizations (CAFEO) yang ke-37 telah dibuka secara rasmi di Jakarta, Republik Indonesia pada 11 September 2019 oleh Tuan Yang Terutama, Ir. Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia dan dihadiri oleh beberapa menteri-menteri negara rantau ASEAN. Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar telah dijemput khas oleh Presiden Persatuan Insinyur Indonesia (PII) bagi menghadiri Majlis Perasmian dan Persidangan. Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar telah dianugerahkan Distinguished Honorary Fellow oleh Pengerusi ASEAN Federation of Engineering Organisations semasa Majlis Perasmian tersebut, disaksikan oleh Presiden Republik Indonesia.

Award of Distinguished Honorary Fellow dianugerahkan kepada individual outstanding engineer dengan sumbangan cemerlang kepada pembangunan peringkat nasional dan institusi kejuruteraan dan / atau negara-negara ASEAN, menggalakkan kemajuan profesion kejuruteraan dan pengalaman serta pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan adalah satu-satunya penerima dari Negara Brunei Darussalam bagi anugerah tersebut.

1_Menteri Pembangunan hadiri CAFEO37.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa hadir pada Majlis Perasmian dan Persidangan Conference of the ASEAN Federation of Engineering Organizations (CAFEO) ke-37.

The ASEAN Federation of Engineering Organisations (AFEO), terdiri daripada 10 institusi kejuruteraan bukan kerajaan dan organisasi dari negara-negara ASEAN. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA Brunei) menjadi ahli kepada The ASEAN Federation of Engineering Organisations (AFEO) sejak tahun 1984. Objektif utama AFEO adalah untuk menggalakkan muhibah dan persefahaman antara institusi-institusi kejuruteraan di rantau ASEAN serta untuk menghasilkan ASEAN Baseline Standard bagi bidang kejuruteraan dengan bermatlamat untuk memudahkan penglibatan dan mobiliti jurutera-jurutera di kalangan negara-negara ASEAN.

Persidangan yang dianjurkan oleh Institusi Ahli kepada AFEO yang diadakan secara tahunan mengikut putaran abjad negara ASEAN ini mempunyai peranan yang penting untuk membantu meningkatkan profil sektor kejuruteraan, mempamerkan kepentingannya kepada pembangunan yang dinamik kepada seluruh rantau ASEAN. Ia juga bertujuan untuk menunjukkan kepada para belia bahawa kejuruteraan adalah menarik, mencabar dan bagaimana jurutera boleh mengubah dunia serta persekitaran hidup, membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat negara-negara ASEAN.

4_Menteri Pembangunan hadiri CAFEO37.jpg

YANG Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa bergambar ramai bersama para penerima anugerah.

Selepas Majlis Perasmian tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berserta Menteri-Menteri ASEAN diketuai oleh Presiden Persatuan Insinyur Indonesia (PII) menyertai lawatan ke Pameran Kejuruteraan Indonesia yang mempamerkan kehebatan kejuruteraan terkini Indonesia daripada infrastruktur kepada penyelesaian digital dan pameran mengenai tenaga, elektrik dan pembaharuan tenaga.

2_Menteri Pembangunan hadiri CAFEO37.jpg

YANG Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa bergambar ramai bersama para delegasi dari Negara Brunei Darussalam yang menghadiri persidangan tersebut.

Turut hadir pada Majlis Perasmian CAFEO adalah Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA Brunei). Turut menyertai Yang Berhormat Menteri Pembangunan ke Majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya dan beberapa pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kerja Raya.

Attachments