Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat Menteri Singapura

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan | Isnin, 9 November 2015

IMG_9966.JPG MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kiri) bersama Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.

BERAKAS, 9 November. - Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Awang Haji Bahrin bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad. Perjumpaan yang diteruskan dengan makan tengah hari itu turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan.

IMG_9969_.JPG 

PEGAWAI-pegawai kanan Kementerian Pembangunan yang turut hadir semasa perjumpaan berkenaan.

Kunjungan hormat ini adalah bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam hal-ehwal alam sekitar.

Tuan Yang Terutama berada di negara ini bagi menghadiri Majlis Ilmu 2015.

Attachments