Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Ahli-Ahli MMN tinjau perkembangan prasarana negara

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_Ahli-Ahli MMN tinjau perkembangan prasarana negara.jpg

GAMBAR ramai Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bersama Yang Berhormat Ahli-ahli MMN semasa berada di Kementerian Pembangunan.

BERAKAS, Selasa, 17 September. – Rombongan seramai 14 orang yang terdiri daripada Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek yang telah dikenal pasti di bawah Kementerian Pembangunan.

Hadir pada siri lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. Rombongan Yang Berhormat Ahli-ahli MMN telah diketuai oleh Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

Lawatan yang bertujuan untuk memperlihatkan secara lebih dekat serta memberikan penerangan lanjut kepada Ahli-ahli MMN akan peranan Kementerian Pembangunan dalam pemberian khidmat kepada orang ramai serta berkongsi maklumat dan membincangkan perkara-perkara yang telah dibangkitkan pada sesi mesyuarat MMN yang lalu, dimulakan dengan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Air.

Semasa berada di jabatan ini, penerangan terperinci telah diberikan mengenai peranan operasi jabatan tersebut dan tindakan yang telah dilakukan dalam menangani cabaran tekanan air rendah yang berlaku pada kawasan yang sering dibangkitkan oleh orang ramai.

Rombongan seterusnya telah dibawa melawat ke Projek Kolam Takungan termasuk Pam yang dilaksanakan bagi menambah baik penyelenggaraan di Stesen Pam Assaraa dan menambah kapasiti kolam untuk mengatasi banjir di kawasan tersebut.

Seterusnya sebelum Ahli-ahli MMN meninjau perkembangan terkini Projek Jambatan Temburong di Kota Batu, para rombongan turut meninjau dan menerima penerangan mengenai Projek Jalan Penghubung Tanah Jambu yang dihasratkan untuk mengurangkan masalah lalu lintas yang dihadapi oleh penduduk setempat.

2_Ahli-Ahli MMN tinjau perkembangan prasarana negara.jpg

YANG Berhormat Yang Berhormat Ahli-ahli MMN semasa meninjau projek jalan penghubung di Tanah Jambu.

Lawatan seterusnya ialah ke Jabatan Kemajuan Perumahan dan turut mendengarkan taklimat ringkas sekitar isu-isu berkaitan di jabatan tersebut.

Sementara itu pada sebelah petang rombongan Ahli MMN juga turut berpeluang meninjau beberapa buah kedai runcit di sekitar kawasan Kampung Lambak, Kampung Kilanas dan Gadong dan sama-sama mengagihkan beg guna semula dalam sama-sama mengurangkan penggunaan beg plastik.

3_Ahli-Ahli MMN tinjau perkembangan prasarana negara.jpg

YANG Berhormat Ahli-ahli MMN menyerahkan beg guna semula kepada pengunjung di dua buah kedai di kawasan Madang / Manggis.

Turut hadir di sepanjang lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang), Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Alice Lim Sui Kau serta Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai Kanan di bawah Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments