Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menghadiri Persidangan Islam ke-8 bagi Menteri Alam Sekitar

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekrasi

1_Menghadiri Persidangan Islam ke-8 bagi Menteri Alam Sekitar.jpg 

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bersama Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) berserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan semasa di Persidangan Islam Menteri-menteri Alam Sekitar ke-8, Rabat, Maghribi.

RABAT, MAGHRIBI, Jumaat, 4 Oktober. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengetuai rombongan dari Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abd Razak bersama Pemangku Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit,  dan Jurutera di Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Zulaine bin Haji Zahiri bagi menghadiri Persidangan Islam Kelapan bagi Menteri-menteri Alam Sekitar (ICEM) bertempat di Ibu Pejabat Organisasi Pendidikan Islam, Saintifik dan Budaya, Rabat, Maghribi pada 2 hingga 3 Oktober 2019 dengan tema persidangan 'Peranan Faktor Budaya dan Agama dalam Melindungi Alam Sekitar dan Pembangunan yang Berdaya Tahan'.

2_Menghadiri Persidangan Islam ke-8 bagi Menteri Alam Sekitar.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama Her Royal Highness Princess Sumaya binti El Hassan, President of the Royal Scientific Society, Hashemie Kingdom of Jordan berserta Menteri-menteri Alam Sekitar di Persidangan Islam Menteri-menteri Alam Sekitar ke-8, Rabat, Maghribi.

Persidangan Islam Kelapan bagi Menteri Menteri Alam Sekitar dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Eng Abdulrahman bin Abdulmohsen Al Fadhly, Presiden Persidangan Islam bagi Menteri Menteri Alam Sekitar, Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Kerajaan Saudi Arabia di ikuti dengan kata pembukaan oleh Tuan Yang Terutama Dr. Yousef bin Ahmed Al-Othaimeen, Setiausaha Agung Organisasi Koorperasi Islam (OIC). Kata-kata pembukaan seterusnya diikuti oleh Tuan Yang Terutama Dr. Salim M. Al-Malik, Ketua Pengarah Organisasi Pendidikan Islam, Saintifik dan Budaya (ISESCO). Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Her Royal Highness Princess Sumaya binti El Hassan, Presiden bagi 'Royal Scientific Society', Hashemie Kerajaan Jordan.

Sesi Pembukaan Persidangan bermula dengan majlis penyampaian hadiah dari Kerajaan Arab Saudi bagi Pengurusan Alam Sekitar dalam Dunia Keislaman (Edisi 2018-2019) kepada 17 pencalonan dari 13 negara Islam dalam lima kategori iaitu: 'Kategori Penyelidikan Terbaik dalam Bidang Pengurusan Alam Sekitar, Applikasi Terbaik dalam Pengurusan Alam Sekitar bagi Perbadanan Kerajaan dalam Negara-negara Islam, Applikasi Terbaik dalam Pengurusan Alam Sekitar di Sektor Awam bagi Negara-negara Islam, Amalan Terbaik dalam Bidang Pengurusan Alam Sekitar bagi Kemudahan Awam dan Persatuan Swasta yang dapat di replikasi di dunia Islam dan Bandar Islam Mesra Alam Sekitar yang Terbaik.

Rombongan delegasi Negara Brunei Darussalam juga berkesempatan menyaksikan penyampaian hadiah-hadiah dimana Negara Brunei Darussalam melalui Universiti Technologi Brunei (UTB) telah memenangi tempat pertama dalam kategori ke Empat iaitu "Amalan Terbaik dalam Bidang Pengurusan Alam Sekitar bagi Kemudahan Awam dan Persatuan Bukan Kerajaan".

3_Menghadiri Persidangan Islam ke-8 bagi Menteri Alam Sekitar.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) berserta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan bersama wakil Universiti Teknologi Brunei (penerima hadiah pertama bagi kategori Best Leading Practices in the Field of Environmental Management For Public Utility And Private Association).

Dalam Persidangan tersebut, beberapa laporan dan dokumentasi yang berhubung kait dengan isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berdaya tahan dalam dunia Islam telah diluluskan. Ini termasuk Laporan Permesyuaratan Kelima bagi Biro Eksekutif Islam untuk Alam Sekitar, Laporan bagi Usaha ISESCO's dalam Bidang Alam Sekitar dan Pembangunan yang Berdaya Tahan antara Sesi Ketujuh dan Kelapan bagi Persidangan Islam Menteri-menteri Alam Sekitar, Laporan Progresif dalam Penumbuhan Akademi Islam bagi Alam Sekitar dan Pembangunan dan Berdaya Tahan, Laporan dalam Perayaan Bandar Islam Alam Sekitar Mesra dan Laporan ISESCO bagi Pelan Tindakan Bencana Alam dan Pengurangan dan Pengurusan Risiko dalam Negara-negara Ahli.

Dalam kenyataan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengongsikan usaha Negara Brunei Darussalam dalam mempertahankan kedayatahanan alam sekitar termasuk antara lain: perlaksanaan inisiatif 'Setiap Hari  Tanpa Bag Plastik' yang bermula sejak 1 Januari 2019, inisiatif Kementerian Pembangunan terhadap Bebas dari Botol Plastik dengan membawa slogan 'Usaha negara dalam membasmikan pencemaran plastik' yang diharapkan dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap perlindungan alam sekitar dikalangan rakyat Brunei dan menggalakkan budaya kehidupan seharian menggunakan bahan yang diperbuat dari 'detrimental non-biodegradable materials' dan kesedaran negara terhadap revolasi perindustrian keempat menuju 'Smart Nation approach' termasuk keberkesanan pemantauan perkesekitaran dan kemungkinan langkah mitigasi yang lebih inovatif dan berkesan atau mekanisme 'corrective' bagi menangani insiden pencemaran yang  tidak diingini.

Persidangan tersebut diakhiri dengan penerimaan draf deklarasi, resolusi persidangan dan penutup kata. Sesi yang kesembilan akan diadakan pada tahun 2021.

Attachments