Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2019

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2019.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Oktober. – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kanser Brunei, PJSC dan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei mengendalikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diadakan di Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad.

2_Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2019.JPG

AHLI panel bersama bekas pesakit kanser semasa Forum Kesedaran Kanser Payudara 2019 yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Forum tersebut menekan tajuk 'Pengesanan Awal Simptom Menyelamatkan Nyawa Biskita!' yang dibincangkan oleh tiga ahli panel iaitu Pakar Bedah, Jabatan Pembedahan Am Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Amalinda binti Pehin Orang Kaya lndera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi; Pakar Onkologi, Pusat Kanser Brunei, Pusat Pakar Pantai Jerudong PJSC), Dr. Radin Mas Jeffri bin Radin Mas Ismail dan bekas pesakit kanser payudara yang juga Jururawat Payudara Khas Pusat Kanser Brunei, PJSC, Dayang Suryani binti Haji Abu Bakar.

Selain itu, majlis yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya itu juga diserikan dengan sesi taklimat dan demo pemeriksaan sendiri payudara.

3_Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2019.JPG

ANTARA yang menghadiri Forum Kesedaran Kanser Payudara 2019.

Forum berkenaan dihasratkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan payudara dengan mempraktikkan amalan cara hidup sihat dan pengesanan awal tanda-tanda kanser payudara.

Selain forum berkenaan, pihak penganjur juga mengatur beberapa aktiviti lain seperti jerayawara pameran kesihatan payudara dan cara hidup sihat, pengagihan risalah mengenai pencegahan kanser payudara dan pendermaan darah di daerah lain serta aktiviti senamrobik beramai-ramai bersempena dengan Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang dijangka berlangsung antara Oktober 2019 hingga Mac 2020.

Attachments