Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pemasangan lambang menara bagi menara pertama projek Jambatan Temburong

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Pemasangan lambang menara bagi menara pertama projek Jambatan Temburong.JPG

4_Pemasangan lambang menara bagi menara pertama projek Jambatan Temburong.JPG

ANTARA Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Projek Jambatan Temburong yang hadir menyaksikan pemasangan lambang menara tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 Oktober. – Projek Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian khususnya bagi Kontrak Pakej CC3 – Jambatan Navigasi dimana pagi tadi telah berlangsung pemasangan Lambang Menara di atas menara pertama bagi Projek Jambatan Temburong.

Diantara ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Projek Jambatan Temburong yang hadir bagi menyaksikan pemasangan lambang menara tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein; Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua), Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan juga Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Haji Marzuke bin Haji Mohsin. Turut hadir Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Muhammad Nazri bin Haji Muhammad Yusuf, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan.

3_Pemasangan lambang menara bagi menara pertama projek Jambatan Temburong.JPG

SESI bergambar ramai.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Sungai Besar, Pengiran Haji Mohd. Sallehin bin Pengiran Tejudin. Ini diikuti dengan penerangan ringkas mengenai aktiviti pemasangan ciri utama oleh Pengurus Projek Pakej CC3, Awang Kim Ho Young dari Kontraktor utama Daelim-Swee Joint Venture dimana beliau telah menerangkan bahawa lambang menara berbentuk bulan sabit dan bintang yang berukuran 4 meter lebar dan 6.6 meter tinggi dengan berat 2.6 tan dipasang di atas menara pertama Jambatan Navigasi – Single Tower Cable Stayed Bridge yang merentasi Laluan Perkapalan Brunei (Brunei Channel). Bentuk bulan sabit dan bintang ini adalah antara ciri-ciri keislaman yang diserapkan di dalam rekabentuk jambatan tersebut.

Sebelum pemasangan lambang menara dimulakan, doa selamat turut dibacakan.

1_Pemasangan lambang menara bagi menara pertama projek Jambatan Temburong.JPG

PEMASANGAN lambang menara berbentuk bulan sabit dan bintang yang berukuran 4 meter lebar dan 6.6 meter tinggi dengan berat 2.6 tan di atas menara pertama Jambatan Navigasi – Single Tower Cable Stayed Bridge yang merentasi Laluan Perkapalan Brunei (Brunei Channel).

Pemasangan lambang menara ini juga akan diteruskan pada dua lagi menara bagi Jambatan Navigasi – Twin Tower Cable Stayed Bridge merentasi Laluan Perkapalan Timur nanti. Selain ciri tersebut, kalimah iaitu Kalimah Subhanallah; Alhamdulillah and Allahu Akbar juga dipasang di setiap menara berkenaan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments