Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kejohanan tenpin bowling Kementerian Pembangunan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kejohanan tenpin bowling Kementerian Pembangunan.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan piala Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya kelolaan Jabatan Tanah bagi tahun 2019 kepada Jabatan Ukur.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Oktober. – Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya anjuran Jabatan Tanah berlangsung selama empat hari bermula 9 Oktober diadakan di Pusat Utama Bowling, Batu Satu. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir pada kejohanan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiusaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian.

Kategori kejohanan dibahagikan kepada empat kategori. Sebanyak sembilan pasukan menyertai Kategori A (VIP), enam 6 pasukan bagi Kategori B (Bahagian III, IV dan V), lapan pasukan dari Kategori D (Bebas Wanita) dan lapan pasukan dari Kategori C (Bebas Lelaki).

3_Kejohanan tenpin bowling Kementerian Pembangunan.JPG

SESI bergambar ramai Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya kelolaan Jabatan Tanah bagi tahun 2019.

Pasukan yang menyertai terdiri kejohanan pada kali ini dari Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Jalan Raya, Jabatan Kemajuan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya.

Kategori A dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal setelah berjaya menumbangkan sebanyak 1856 pins. Manakala Kategori B pula dijuarai oleh Jabatan Tanah dengan menjatuhkan sebanyak 1767 pins. Sementara itu juara bagi Kategori C dan D telah dirangkul oleh Jabatan Ukur masing-masing dengan jatuhan pins sebanyak 1758 dan 1645. Jabatan Ukur berjaya merangkul piala juara keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Keputusan Kejohanan Bowling 2019.jpg

2_Kejohanan tenpin bowling Kementerian Pembangunan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bersama pasukan dari Jabatan Ukur yang menjuarai Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya kelolaan Jabatan Tanah bagi tahun 2019.

Kejohanan ini diadakan adalah bagi menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan serta meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan.

Disamping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, kejohanan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berkebolehan bagi mengikuti acara-acara di peringkat kementerian, kebangsaan ataupun antarabangsa sekaligus memupuk semangat harmoni dan silaturahim dikalangan warga kementerian.

Attachments