Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15/2019

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan ketua rombongan lawatan kerja Program Perkembangan Eksekutif Siri 15/2019, Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ampuan Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan.

BERAKAS, Selasa, 22 Oktober. – Rombongan seramai 35 orang dari Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pembangunan dan seterusnya mendengarkan sesi taklimat. Rombongan ini merupakan peserta-peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15/2019 yang terdiri dari Leftenen Kolonel dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kesultanan Oman, Republik Singapura, Republik Filipina dan Malaysia, Superintendent Polis dari Pasukan Polis Diraja Brunei, serta Pengarah/Penolong Pengarah dari Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Rombongan ini diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah Institusi Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ampuan Yura Kasumawati binti Dato Paduka Haji Mohd Adnan.

Hadir bagi mengalu-alukan kehadiran rombongan ke Kementerian ini ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

3_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Para peserta program telah diberikan taklimat mengenai visi dan misi, perancangan strategik dan pelan tindakan Kementerian Pembangunan dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Pegawai Alam Sekitar dari Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan, Awang Abdul Khaliq bin Haji Lokman. Para peserta program turut didedahkan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Pembangunan dalam pembangunan selari dengan keperluan bagi meningkatkan pembangunan negara.

4_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

TAKLIMAT mengenai visi dan misi, perancangan strategik dan pelan tindakan Kementerian Pembangunan disampaikan oleh Pegawai Alam Sekitar dari Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan, Awang Abdul Khaliq bin Haji Lokman.

Menurut institut berkenaan, program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk melengkapi pegawai-pegawai kanan kerajaan dengan rangka konsep dan kaedah-kaedah terkini yang diperlukan bagi kejayaan berterusan dalam kepimpinan dan pengurusan terkini bagi meningkatkan prestasi dalam pengurusan dan peringkat lanjutan dalam pembangunan nasional.

Selain itu, lawatan kerja ini adalah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai polisi jabatan dan agensi awam serta ingin mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana cabaran dan sukat-sukat dalam merangka dan membuat polisi berkenaan.

5_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

6_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

SESI soal jawab.

1_Lawatan kerja rombongan peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15 2019.JPG

SESI bergambar ramai bersama peserta Program Perkembangan Eksekutif Siri 15/2019.

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dengan wakil-wakil jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai di Kementerian ini.

Attachments