Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin semasa menghadiri sesi muzakarah bersama pegawai-pegawai B2 yang baru berkhidmat dan jurutera-jurutera di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
BERAKAS, Selasa, 22 Oktober. – Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan sesi muzakarah di antara Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama pegawai-pegawai B2 yang baru berkhidmat dan jurutera-jurutera di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Berakas.
Hadir pada sesi muzakarah tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Semasa sesi muzakarah, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah berkongsi pengalaman beliau semasa mula menjawat jawatan sebagai warga perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.
Disamping itu, Yang Berhormat Menteri menyeru kepada semua pegawai-pegawai yang baru berkhidmat untuk merancang lebih awal perjalanan karier mereka serta aktif dalam mengembangkan kemahiran masing-masing. Yang Berhormat Menteri turut memberikan beberapa tips berguna untuk menjadi seorang individu yang cemerlang.
ANTARA pegawai-pegawai B2 yang baru berkhidmat dan jurutera-jurutera di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahya yang hadir semasa sesi muzakarah berkenaan.
Turut hadir semasa sesi muzakarah berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice.
Sesi muzakarah diakhiri dengan sesi soal jawab dan ramah mesra di antara Yang Berhormat Menteri Pembangunan dengan pegawai-pegawai yang hadir.