Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD.JPG

HADIR menyaksikan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BERAKAS, Sabtu, 23 November. – Bagi mengambil keberkatan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Pertandingan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Majlis anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Desa ini diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Dayang Marsita binti Omar selaku pengerusi majlis, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sebanyak lapan pasukan yang terdiri daripada empat pasukan lelaki dan empat pasukan perempuan bertanding di peringkat akhir ini setelah melalui pertandingan saringan yang telah diadakan pada 21 September 2019.

2_Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD.JPG

3_Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD.JPG

ANTARA pasukan-pasukan yang bertanding di majlis tersebut.

Muncul johan bagi Kategori Lelaki Pertandingan Dikir Syarafil Anam ini ialah pasukan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya, manakala naib johan disandang oleh pasukan Jabatan Ukur. Pasukan dari Jabatan Tanah dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Bagi Kategori Perempuan, johan disandang oleh pasukan Jabatan Ukur, manakala naib juara jatuh kepada pasukan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya. Pasukan Jabatan Perancang Bandar dan Desa meraih tempat ketiga manakala pasukan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya berada di tangga keempat.

4_Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan hadiah kepada pasukan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya yang memenangi Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya (Kategori Lelaki).

5_Pertandingan Dikir Syarafil Anam 1441 Hijrah anjuran JPBD.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan hadiah kepada pasukan Jabatan Ukur yang memenangi Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya (Kategori Perempuan).

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan mengukuhkan akan kepentingan Dikir Syarafil Anam sebagai khazanah warisan orang-orang Brunei dan seterusnya mempelajari lagu-lagu dikir dengan baik. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam disamping memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Tema sambutan pada tahun ini "Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam" adalah selaras dengan tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi tahun 1441 Hijrah.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

Attachments