Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan semarakkan Dikir Maulud

Oleh: Haniza Abdul Latif | Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali | Khamis, 17 Disember 2015

 b3126a3ec065bcc42fce273fdfb9ea2d_XL.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (dua dari kanan) ketika hadir dalam Majlis Dikir Maulud Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di Masjid Kampung Sungai Hanching.

JALAN MUARA, Khamis, 17 Disember. - Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan salah satu acara kebesaran yang diraikan oleh umat Islam di negara ini bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dalam sama-sama menyemarakkan sambutan itu, malam keenam sejak bermulanya pembukaan Dikir Maulud pada 1 Rabiulawal 1437 yang lalu, serombongan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya telah menghadiri undangan Majlis Dikir Maulud di Masjid Kampung Sungai Hanching, di sini.

 171215_HJMAS5_DIKIR.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin semasa mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam Majlis Dikir Maulud di Masjid Kampung Sungai Hanching.

Rombongan telah diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Solat Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, Awang Haji Khairol Nizam bin Haji Said.

Kemudian, majlis diikuti dengan bacaan dikir oleh gabungan pendikir dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching.

 171215_HJMAS3_DIKIR.jpg

SUASANA Dikir Maulud yang disertai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan para penduduk di sekitarnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments