Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyampaian hadiah dan sumbangan derma Kejohanan Golf Amal

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Penyampaian hadiah dan sumbangan derma Kejohanan Golf Amal.JPG

JUARA Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan dalam Kategori Berpasukan disandang oleh pasukan Kementerian Pembangunan dengan jumlah pukulan terendah iaitu sebanyak 496 pukulan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Disember. – Kementerian Pembangunan buat julung kalinya telah mengadakan Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Kejohanan yang diadakan di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei itu disertai oleh 52 orang yang turut disertai oleh tetamu kehormat bersama mantan warga Kementerian Pembangunan, konsaltan dan kontraktor.

Objektif kejohanan tersebut adalah untuk memupuk sikap dermawan dan prihatin ke atas golongan yang memerlukan.

Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak yang berkepentingan di dalam industri pembinaan, disamping menggalakkan cara hidup sihat dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan, serta meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan.

Peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada empat pasukan iaitu Pasukan Kementerian Pembangunan; Pasukan Mantan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan; Pasukan Konsultan; dan Pasukan Kontraktor.

Acara dimulakan dengan penyampaian sumbangan derma amal oleh tetamu kehormat majlis kepada dua badan amal iaitu Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Persatuan Sindrom Down.

3_Penyampaian hadiah dan sumbangan derma Kejohanan Golf Amal.JPG

4_Penyampaian hadiah dan sumbangan derma Kejohanan Golf Amal.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sumbangan derma amal kepada Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Persatuan Sindrom Down pada Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan.

Acara diteruskan dengan pengumuman kejohanan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan.

Dalam Kategori Berpasukan, juara Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan Bagi Tahun 2019 disandang oleh Pasukan Kementerian Pembangunan dengan mendapat jumlah pukulan terendah iaitu 496 pukulan.

Dalam Kategori Gross pula, juara disandang oleh Awang Suhaimi bin Ibrahim dari Pasukan Kementerian Pembangunan. Naib juara disandang oleh Awang Han dari Pasukan Kontraktor manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Khairol Bakar dari pasukan Kementerian Pembangunan.

2_Penyampaian hadiah dan sumbangan derma Kejohanan Golf Amal.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Gross, Awang Suhaimi bin Ibrahim dari pasukan Kementerian Pembangunan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice, dan ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments