Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Kebangsaan Ke-36

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat semasa Majlis Khatam Al-Quran, Membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

JALAN PEMBANGUNAN, BERAKAS, Khamis, 27 Februari. – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan itu didahului dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dikepalai oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha.

2_Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Kebangsaan Ke-36.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) serta para pegawai dan kakitangan perempuan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran, Membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Awang Mohammad Khairul bin Jackariah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban.

Majlis yang dikendalikan buat kali kedua oleh kementerian ini adalah antara lain bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran serta menggalakan para warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan mereka seharian.

Attachments