Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Hari Bumi ke-50

​Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 April. – Sambutan Hari Bumi ke-50 diraikan pada 22 April 2020 di seluruh dunia bagi menghargai bumi dan memupuk rasa tanggungjawab orang ramai untuk sama-sama memelihara alam sekitar. Tema pada tahun ini ialah "Tindakan Iklim".

Sempena Hari Bumi ini, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengeluarkan kenyataan bagi memberikan sokongan Sambutan Hari Bumi 2020 untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk melindungi bumi kita bagi generasi akan datang.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyeru agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk turut serta dalam mengamalkan "tindakan iklim" dari rumah masing-masing. Sememangnya tempat yang paling berkesan bagi memulakan tindakan iklim adalah di rumah sendiri dan tiada masa lagi yang lebih sesuai untuk melakukannya melainkan sekarang.

Earth Day 2020.JPG

Aktiviti-aktiviti Teranah di Rumah bersempena Hari Bumi bolah didapati dari akaun-akaun media sosial Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (@jastre.bn) dan Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (@bccs.bn).

Sumber: Siaran Akhbar Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Attachments