Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Isu tular rumah pangsa Lambak Kanan tidak benar

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 April. – Berikutan penularan maklumat dan gambar yang disebarkan melalui media sosial dan juga aplikasi WhatsApp mengenai Lambak Kanan Apartments, maka dengan ini Jabatan Kemajuan Perumahan ingin memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Perumahan menyeru orang ramai supaya tidak menularkan mesej tersebut dan menyampaikan berita yang tidak tepat. Kerjasama orang ramai juga sangat-sangat dipohonkan untuk memberigakan berita yang datang dari sumber yang rasmi sahaja.

Adalah diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Public Order Act), Penggal 148, bahawa sesiapa yang sama ada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataan-kenyataan palsu yang mungkin menyebabkan orang ramai takut atau gundah gulana adalah melakukan kesalahan: Hukuman, denda BND3,000 dan penjara selama tiga tahun.

Untuk makluman orang ramai, bagi memastikan kesahihan sebarang maklumat yang berkaitan dengan Jabatan ini, mereka bolehlah menghubungi Unit Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Awam melalui talian 2382145 sambungan 7013/7014 (waktu pejabat) atau melalui alamat e-mel info@hdd.gov.bn atau melayari laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Perumahan di alamat www.housing.gov.bn.

Attachments