Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

ARMECS Bridging Programme dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

YANG Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II semasa melancarkan Majlis Pelancaran ARMECS Bridging Programme.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Oktober. – Manpower Industry Steering Committee (MISC) in Construction Industry, iaitu salah satu komiti yang ditubuhkan di bawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC), hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran ARMECS Bridging Programme di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan.

Majlis pelancaran ini adalah inisiatif pertama daripada inisiatif-inisiatif yang telah disusun melalui rangkakerja dan strategi MISC in Construction Industry. Ia adalah salah satu usaha menambahbaik kebolehpasaran dan 'employability' anak-anak tempatan dalam memastikan mereka akan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama di antara MISC in Construction Industry, Kementerian Pembangunan, pengawalselia, institusi pendidikan dan syarikat-syarikat di sektor industri pembinaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis pelancaran tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi MPEC.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; serta Timbalan-timbalan Menteri yang dilantik selaku Ahli-ahli dan Jawatankuasa Kerja MPEC.

1_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

YANG Berhormat Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang turut hadir.

Seramai 33 orang pelatih telah berjaya dipilih untuk mengisi kekosongan iReady di syarikat-syarikat di bawah sektor pembinaan, di mana mereka juga akan mengikuti 'on-the-job training' melalui ARMECS Bridging Programme ini.

Program latihan ARMECS ini terbahagi kepada dua iaitu ARMECS Bridging Programme in Draughting dan ARMECS Bridging Programme in RCC-Visor (Construction Site Supervisor). Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi para graduan semasa pendidikan teknikal mereka dan keperluan industri pembinaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melengkapkan para graduan tempatan yang berkelayakan dengan kemahiran, kecekapan dan pengalaman bekerja secara profesional dalam industri pembinaan.

7_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

6_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

ANTARA para pelatih yang akan menyertai ARMECS Bridging Programme.

Latihan tersebut akan bermula pada 5 Oktober 2020, di mana semasa enam bulan pertama tempoh perantisan, mereka akan dilatih oleh pakar-pakar dari 41 firma konsultan termasuk Jabatan Kerja Raya.

Para pelatih akan didedahkan dalam tiga disiplin sektor pembinaan iaitu 'Architectural', 'Mechanical and Electrical' dan 'Civil and Structural'. Selepas tamat tempoh enam bulan latihan berkenaan, para pelatih akan menyambung perantisan mereka di 22 buah syarikat tempatan di bawah sektor pembinaan selama 12 bulan.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada 22 buah syarikat yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 41 firma konsultan yang telah mendokong inisiatif ini dengan memberikan latihan kemahiran selama enam bulan kepada para pelatih ARMECS yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis diteruskan dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan dan Politeknik Brunei yang disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

3_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

PERTUKARAN Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan dan Politeknik Brunei yang disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan.

MoU tersebut bertujuan untuk menubuhkan, mempromosikan dan mengukuhkan kerjasama di antara Kementerian Pembangunan dan Politeknik Brunei dalam Bridging Programmes serta kerjasama-kerjasama di bidang lainnya yang mempunyai kepentingan bersama.

Menandatangani bagi pihak Kementerian Pembangunan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Bersama MISC, manakala bagi pihak Politeknik Brunei diwakili oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Lim Kian Boon dan Pendaftar Politeknik Brunei, Dayang Hajah Hanipah binti Haji Apong.

Majlis berakhir dengan sesi ramah mesra bersama firma-firma konsultan yang akan menjadi jurulatih dan pelatih-pelatih yang akan menyertai ARMECS Bridging Programme.

4_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

5_ARMECS Bridging Programme dilancarkan.JPG

SESI ramah mesra bersama firma-firma konsultan yang akan menjadi jurulatih dan pelatih-pelatih yang akan menyertai ARMECS Bridging Programme.

Juga hadir pada majlis tersebut juga ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, Ahli-Ahli MISC dan Pengarah-Pengarah Urusan serta wakil dari Firma-Firma Konsultan dan Syarikat-Syarikat Pembinaan.

Attachments