Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Dikir Maulud di Masjid Universiti Brunei Darussalam

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Dikir Maulud di Masjid Universiti Brunei Darussalam.JPG

5_Dikir Maulud di Masjid Universiti Brunei Darussalam.JPG

HADIR mengetuai rombongan berdikir tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

TUNGKU LINK, Isnin, 19 Oktober. – Bagi menyambut dan menyemarakkan Hari Keputeraan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, rombongan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Dikir yang diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Hadir dan mengepalai rombongan pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Terdahulu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam, Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang Yussop.

2_Dikir Maulud di Masjid Universiti Brunei Darussalam.JPG

3_Dikir Maulud di Masjid Universiti Brunei Darussalam.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir pada majlis tersebut.

Seterusnya, bacaan Dikir dilaungkan oleh gabungan pendikir-pendikir Kementerian Pembangunan dan pendikir-pendikir Kumpulan Arrazaq dari Rancangan Perumahan Negara Kawasan 2 Kampung Rimba dengan Dikir Assalamualaika, Khairuman, Bisyahrin, Alham dan Badat.

Majlis diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diikuti dengan Dikir Asraqal dan bacaan Doa Dikir serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya; dan penduduk di sekitarnya.

Attachments