Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kempen Kebersihan Senegara 2021

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kempen Kebersihan Senegara 2021.jpg

PERASMIAN Poster Wira Pantai oleh tetamu-tetamu kehormat.

MUARA, Ahad, 13 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah mengadakan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau 'marine debris' di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei dan Muara pada pagi 13 Jun 2021. Kempen yang membawa slogan 'It Takes A Nation to Make Brunei Environment Clean' ini adalah kolaborasi dengan Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD).

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat yang juga selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan ialah ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Juga hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menjayakan kempen tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BIBD.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan taklimat keselamatan dan senaman ringan.

Acara kemudian diteruskan dengan perasmian Poster Wira Pantai ('Coastal Marvel') oleh tetamu-tetamu kehormat dan penempatan peniaga trak makanan bergerak ('food trucks') oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, sebelum aktiviti penanaman pokok dan kempen kebersihan bermula.

3_Kempen Kebersihan Senegara 2021.jpg

PERASMIAN penempatan peniaga trak makanan bergerak ('food trucks') oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

4_Kempen Kebersihan Senegara 2021.jpg 5_Kempen Kebersihan Senegara 2021.jpg

AKTIVITI penanaman pokok sebelum kempen kebersihan bermula.

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit selaku pengerusi acara; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed bin Pengiran Haji Othman selaku Ketua Kampong Masjid Lama, Pekan Muara dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi di Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya Tinggi British, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Puan Yang Terutama Tiffany Anne McDonald; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Mubashar Khokhar; Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd, Awang Chen Lian Chai; Pengerusi Projek Alam Sekitar sempena Jubli Intan ABDB, Leftenen Komander Mohd Amiel Azim bin Haji Afflon; Ketua Kampong Serasa / Rancangan Perumahan Negara Serasa, Awang Abdul Hamid bin Haji Zinin @ Haji Zainin; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan; sukarelawan-sukarelawan dari Badan-Badan Bukan Kerajaan, perbankan dan syarikat-syarikat swasta.

10_Kempen Kebersihan Senegara 2021.jpg

YANG Berhormat Menteri-Menteri ketika menyertai kempen tersebut yang diadakan di Taman Rekreasi Pantai Muara.

Kempen ini turut diadakan secara serentak di Daerah Tutong dan Daerah Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi perasmian Poster Wira Pantai di Pantai Danau, Daerah Tutong dan seterusnya ikut serta dalam aktiviti penanaman pokok dan kempen kebersihan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Kempen turut disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin; Ketua-Ketua Kampong, Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai-Pegawai Kanan, jemputan-jemputan khas serta sukarelawan-sukarelawan dari Majlis Perundingan Kampong, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.

Sementara itu, Poster Wira Pantai bagi kempen kebersihan di Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut, Daerah Belait dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang                Aldila binti Haji Mohamad Salleh.             

Turut menyertai kempen tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi dan Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar; Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin, Ketua-Ketua Kampong, Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai-Pegawai Kanan, jemputan-jemputan khas serta sukarelawan-sukarelawan dari Badan-Badan Bukan Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.

Di penghujung kempen-kempen kebersihan yang diadakan di ketiga-tiga pantai tersebut, jumlah sampah yang dikutip diumumkan kepada semua peserta kempen di mana sebanyak 1,693 kilogram sampah (452 kilogram daripadanya adalah sisa botol plastik) dikumpul di Taman Rekreasi Pantai Muara, 621.5 kilogram (312.5 kilogram sisa botol plastik) di Pantai Danau dan di Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut pula telah mengumpul sebanyak 468 kilogram (147 kilogram daripadanya merupakan sisa botol plastik), membawakan jumlah sebanyak 2,782.5 kilogram.

Secara keseluruhannya, lebih 500 sukarelawan menyertai kempen ini: 212 di Taman Rekreasi Pantai Muara, 128 sukarelawan di Pantai Danau dan 164 sukarelawan di Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut.

Kempen ini akan diadakan sekali setiap bulan dan dilaratkan sehingga bulan Disember 2021.

Maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai kempen ini akan dikongsikan di laman Instagram Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi: @jastre.bn.

Kempen Kebersihan Senegara di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan telah dilancarkan pada 5 Jun 2021 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang membawakan tema 'Ecosystem Restoration' atau Pemulihan Ekosistem.

Kempen ini terbahagi kepada dua iaitu kempen kebersihan di persisiran pantai (serpihan laut / marine debris) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan, dan kempen kebersihan di darat yang diterajui oleh Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri.

Serpihan laut adalah merupakan salah satu masalah alam sekitar yang utama di peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa.

Tujuan utama Kempen Kebersihan Wira Pantai ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan sisa yang dibuang ke persekitaran laut, terutamanya sisa plastik.

Objektif kempen ini ialah untuk: (1) mengumpul 'baseline data' atau data asas serpihan laut di kawasan persisiran; (2) mengenalpasti jenis serpihan laut yang ada; dan (3) memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan.

Attachments