Siaran Akhbar: Jabatan Perkhidmatan Awam
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Disember. – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan bagi Pegawai Alam Sekitar Kanan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan pada 11 November 2021.
Sumber: Pelita Brunei.