Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan terima Anugerah Kejuruteraan AFEO

Oleh: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan terima Anugerah Kejuruteraan AFEO.jpeg

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria semasa menerima Anugerah Kejuruteraan AFEO bagi pihak Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Disember – Kementerian Pembangunan telah menerima Anugerah Kejuruteraan AFEO semasa majlis penutup Persidangan Pertubuhan Kejuruteraan bagi Pertubuhan ASEAN, CAFEO kali ke-39, hari ini.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ir. Awang Haji Mohammad Zin bin Salleh, Yang Di-Pertua PUJA dan Pengerusi Persidangan CAFEO kali ke-39, dan diterima oleh Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan.

Kementerian Pembangunan menerima anugerah berkenaan atas peranannya dalam pembangunan profesional jurutera awam di Negara Brunei Darussalam melalui program Pembelajaran Lanjutan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan.

Anugerah Kejuruteraan AFEO juga diberikan kepada tiga penerima lain iaitu Universiti Teknologi Brunei (UTB), Brunei Shell Petroleum (BSP) dan Darussalam Enterprise (DaRe).

CAFEO yang diadakan setiap tahun itu, kali ini dihoskan oleh Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek, Brunei Darussalam, PUJA.

Persidangan diadakan selama lima hari bermula 29 November 2021 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas secara maya.

Attachments