Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penandatanganan kontrak bagi projek Jabatan Ukur

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

2_Penandatanganan kontrak bagi projek Jabatan Ukur.jpg

ACARA penandatanganan kontrak projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam" di antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Syarikat Juruukur Fadly.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Februari. – Majlis penandatanganan kontrak telah diadakan hari ini di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam yang diwakili oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Syarikat Juruukur Fadly bagi projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam".

Projek pengambaran udara ini merupakan salah satu projek yang telah dibenarkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN-11). Kontraktor yang terpilih ialah Syarikat Juruukur Fadly dan projek ini dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan.

Projek ini akan menghasilkan gambar udara dan data Light Detection and Ranging (LiDAR) bagi seluruh Negara Brunei Darussalam. Data yang diperolehi akan digunakan untuk mengemaskini peta dan maklumat geospatial Negara Brunei Darussalam selain daripada memenuhi permintaan dan membantu agensi Kerajaan dan swasta di dalam perancangan pembangunan negara dan pengurusan bencana.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan penandatangan kontrak tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Juruukur Agung, Jabatan Ukur, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya manakala bagi pihak Syarikat Juruukur Fadly pula ialah Pengarah Urusannya, Awang Haji Mahadi bin Haji Mohd Tahir.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen kontrak kepada Syarikat Juruukur Fadly oleh tetamu kehormat.

3_Penandatanganan kontrak bagi projek Jabatan Ukur.jpg

SESI bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai-pegawai di bawah Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, pihak konsultan bagi projek berkenaan KT Ryan Communications & Services dan pihak kontraktor Syarikat Juruukur Fadly.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur.

Attachments