Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Terima kunjungan pembesar Republik Singapura

Oleh:  Haniza Abdul Latif | Isnin, 20 Julai 2015

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menerima kunjungan rombongan dari Republik Singapura sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di kediaman Yang Berhormat, di Kampung Sungai Tilong, Jalan Muara, di sini.

Rombongan terdiri dari Menteri Kanan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Encik Masagos Zulkifli dan isteri, Puan Jumelah Ja'far; Menteri Pertahanan dan Pembangunan Negara, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohd Malik bin Osman dan isteri, Puan Sadiah binti Sahal dan Menteri Pembangunan Negara, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Desmond Lee Ti-Seng dan isteri Puan Lee.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong dan Pemangku Pesuruhjaya Tanah, Datin Hajah Zainon binti Abang Haji Omarzuki.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Rombongan dari Republik Singapura itu dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman serta keluarga dan beberapa pegawai di Kementerian Pembangunan  dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Kunjungan dari Tuan-Tuan Yang Terutama dan rombongan ke negara ini menunjukkan persahabatan dan hubungan mesra berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Kredit: Pelita Brunei.




Attachments