Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Musabaqah Al-Quran semarak Sambutan Israk Mikraj Kementerian Pembangunan

Oleh: Nooratini Haji Abas | Foto: Azmah Haji Ahad | Khamis, 12 Mei 2016

216737e26b0b494845a10be88067e2f0_XL.jpg
 MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mei. - Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena Israk dan Mikraj Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

Naib johan qari dan qariah disandang oleh Awang Mohammad Yusrin bin Daud dari Jabatan Ukur dan Dayang Rosnani binti Haji Mohiddin dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR, sementara Awang Mohammad Isham Mudin bin Haji Maidin dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR dan Dayang Soffina binti Ali Hassan dari Jabatan Mekanikal dan Elektrik, JKR mendapat tempat ketiga.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang musabaqah yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, Berakas.

110516_AZMAH8_PEMBANGUNAN.jpg 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaian hadiah dan sijil Musabaqah Tilawah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya kepada johan qari, Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (atas) dan kepada johan qariah, Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur (bawah).

110516_AZMAH10_PEMBANGUNAN.jpg 

Majlis turut diserikan dengan ceramah keugamaan yang berkisar mengenai 'Solat Kesempurnaan Dunia Akhirat' oleh graduan Ijazah Sarjana dari Universiti Kaherah, Cairo, Mesir, Awang Hilman bin Haji Salim yang antara lain menyentuh tentang bagaimana solat yang kita lakukan itu mampu menjamin kesempurnaan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

Majlis anjuran Kementerian Pembangunan yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Mekanikal dan Elektrik, JKR tersebut adalah untuk menggalakkan para peserta supaya akan terus mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran.

110516_AZMAH7_PEMBANGUNAN.jpg 

CERAMAH keugamaan bertajuk 'Solat Kesempurnaan Dunia Akhirat' disampaikan oleh Awang Hilman bin Haji Salim.

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan mereka untuk sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran supaya menjadi amalan harian dan beroleh berkat daripada Allah Subhanahu Wata'ala, di samping menambah keyakinan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong; pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments