Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Panduan aliran trafik di Jejambat Lugu

Oleh: Kementerian Pembangunan | Grafik: Jabatan Kerja Raya

2_Panduan aliran trafik di Jejambat Lugu.jpg

PETA panduan aliran trafik bagi Jejambat Lugu.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 Februari. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa Jejambat Lugu di persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong/Perumahan Negara Kampong Lugu telahpun siap dilaksanakan dan dibukakan kepada pengguna jalan raya mulai hari Ahad, 20 Februari 2022.

Dengan adanya Jejambat Lugu tersebut, penduduk-penduduk dari persekitaran kawasan Perumahan Negara Kampong Lugu khususnya boleh menggunakan jejambat tersebut seperti di dalam peta panduan iaitu melalui JALAN SUSUR 2 untuk menghala ke Tutong dan Belait dan JALAN SUSUR 3 menghala ke Berakas dan Muara. Manakala pihak pengguna jalan raya dari Tutong dan Belait pula akan dapat terus memasuki kawasan Perumahan Negara Kampong Lugu menggunakan jejambat berkenaan dengan lebih selamat dan selesa melalui JALAN SUSUR 4.

Dalam kesempatan ini, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin menyeru kepada semua pengguna-pengguna jalan raya khususnya pengguna Lebuhraya Muara-Tutong dan jejambat di Perumahan Negara Kampong Lugu untuk sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati mengikut had laju yang ditentukan serta mematuhi papan-papan tanda yang telah disediakan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments