Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Laksanakan permohonan dan pembayaran secara dalam talian

​Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Mac. – Dengan peningkatan jumlah Kod Merah BruHealth dan kes positif COVID-19 pada ketika ini, beberapa perkhidmatan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) berkemungkinan akan terjejas dan mengambil masa untuk diproses dan memberikan maklum balas.

Sehubungan dengan itu, pihak ABCi memohon kerjasama dan timbang rasa daripada semua pihak semasa situasi ini.

Orang ramai disarankan untuk melayari laman sesawang 'www.abci.gov.bn' untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang boleh dipohonkan sepenuhnya secara dalam talian (online) dan melaksanakan pembayaran secara dalam talian seperti lazimnya.

Disarankan juga kepada orang ramai supaya hanya membuat perjanjian kaunter jika benar-benar diperlukan sahaja. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua pihak mengenainya.

Sumber: Siaran Akhbar Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Kementerian Pembangunan.

Attachments