Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat yang mengetuai aktiviti penanaman pokok yang diadakan pada pagi tadi.

TANJUNG BATU, MUARA, Ahad, 27 Mac. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut menghadiri acara ini, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong and Pemangku Penghulu Mukim Serasa, dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, selaku Co-Founder / Community Engagement Director of Green Brunei.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur serta Ahli-Ahli Institusi Geomatik Brunei (B.I.G).

2_Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.jpg

SESI bergambar ramai bersama tetamu kehormat bagi Aktiviti Penanaman Pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Perlindungan daripada COVID-19, aktiviti senaman ringan dan aktiviti penanaman pokok.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta Virtual Run 22Km. Virtual Run merupakan salah satu aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 yang bermula pada 1 Mac hingga 25 Mac 2022.

5_Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.jpg

4_Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.jpg

3_Aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022.jpg

PEGAWAI-PEGAWAI kanan yang turut mengikuti aktiviti penanaman pokok.

Sejumlah 300 anak pokok telah ditanam sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 pada hari ini yang mencerminkan salah satu usaha Jabatan untuk mendokong Garispanduan Protokol Hijau di dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments