Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Portal MOD kini diaktifkan untuk permohonan baharu

Oleh: Kementerian Pembangunan

1_Portal MOD kini diaktifkan untuk permohonan baharu.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Mac. – Pihak Kerajaan giat melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha mengadaptasikan perubahan khusus dalam pembangunan teknologi digital untuk mencapai hasrat dan aspirasi ke arah smart nation. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembangunan telah mengemaskini beberapa perkhidmatan atas talian bagi kemudahan orang ramai menghadapkan permohonan mereka tanpa perlu berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan secara physical atau memuat turun borang permohonan.

Diantara perkhidmatan-perkhidmatan dikemaskini adalah seperti berikut:

(i) Permohonan Hal Ehwal Bekalan Air;

(ii) Permohonan Permit Jalan Raya;

(iii) Pendaftaran Juruukur Tanah Berlesen (LLS); dan

(iv) Permohonan mengikuti Skim Perumahan Negara.

Orang ramai perlulah melayari portal rasmi Kementerian Pembangunan iaitu www.mod.gov.bn bagi mengakses perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan. Adapun, perkhidmatan melalui atas talian ini bagi menghadapkan permohonan baharu sahaja dan orang ramai hendaklah terlebih dahulu mendaftar masuk (login) menggunakan akaun e-Darussalam.

Permohonan hanya akan diproses setelah semua maklumat yang dikehendaki lengkap diisikan. Kemudian pesanan ringkas (SMS) melalui nombor telefon bimbit dan e-mel akan dihantar bagi permohonan yang berjaya diterima. Panduan bagi menggunakan portal berserta soalan-soalan lazim ada disediakan di portal berkenaan untuk rujukan orang ramai.

Manakala bagi maklumat mengenai proses pengunaan akaun e-Darussalam ini orang ramai bolehlah melayari www.gov.bn atau menghubungi Perkhidmatan Talian Darussalam 123.

Kementerian Pembangunan kini giat melaksanakan usaha penambahbaikan bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain secara atas talian dari masa ke semasa. Oleh itu, sebarang maklumbalas dari orang ramai pada fasa awal pengenalan portal Kementerian Pembangunan ini adalah dialu-alukan dengan menghantarkan emel ke alamat ask.modportal@mod.gov.bn.

Attachments