Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan majlis tadarus Al-Quran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Kementerian Pembangunan adakan majlis tadarus Al-Quran.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyempurnakan penyerahan wakaf kepada Ketua Imam, Masjid Kampong Mentiri, Imam Haji Sanip bin Haji Nasar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 April. – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran bertempat di Masjid Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu pada petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa satu unit 'vacuum cleaner', satu unit pengesan suhu badan, satu unit A3 'printer', 30 rehal Al-Quran dan 30 helai sejadah sandar kepada Ketua Imam Masjid Kampong Mentiri, Imam Haji Sanip bin Haji Nasar.

Majlis Tadarus Al-Quran diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti oleh Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

2_Kementerian Pembangunan adakan majlis tadarus Al-Quran.jpeg

3_Kementerian Pembangunan adakan majlis tadarus Al-Quran.jpeg

MAJLIS Tadarus Al-Quran diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti oleh Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Majlis disusuli dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampong Mentiri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang disusun di sepanjang bulan Ramadhan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments