Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyusanan semula struktur organisasi Kementerian Pembangunan

Sebagai usaha berterusan untuk menjadikan Kementerian Pembangunan lebih fokus terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dan juga menyelaras beberapa perkembangan terkini berhubung dengan penyerahan beberapa tugas dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan ke agensi-agensi Kerajaan yang lain, Kementerian Pembangunan telah mengemaskinikan tugas dan tanggungjawab sesuai dengan perkembangan terkini.

Penyelarasan dan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pembangunan memperkemaskan lagi peranan, tugas dan tanggungjawab Kementerian ini agar lebih fokus dan teratur supaya dapat membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan efektif.

Sehubungan dengan itu beberapa divisyen baru ditubuhkan iaitu Divisyen Pengurusan Sumber Tenaga Manusia (DHRM) dan Divisyen 'Governance and Delivery' (DGD). Manakala Divisyen Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (DECC), Divisyen Perhubungan Antarabangsa dan Perhubungan Korporat (DICR), dan Divisyen Pembangunan Infrastruktur (DPI) dibubarkan. Sebahagian tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan DICR diserapkan ke Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik (DPCSP) dan sebahagiannya lagi diserapkan ke DGD. BAPEQS dan DPI diserapkan ke Divisyen Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) manakala Unit Audit Dalaman diserapkan ke DGD. Sementara itu Unit Pemeliharaan Istana (IMU) dipindahkan ke Jabatan Kerja Raya.

Struktur Organisasi Baru (18062016)_.jpg 

STRUKTUR organisasi terkini Kementerian Pembangunan.

Struktur organisasi terkini Kementerian Pembangunan berkuatkuasa mulai hari Rabu, 1 Jun 2016 bersamaan 25 Sya’aban 1437.

Attachments