Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur juarai Kejohanan Bolasepak Kementerian Pembangunan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

1_Jabatan Ukur juarai Kejohanan Bolasepak Kementerian Pembangunan.jpg

2_Jabatan Ukur juarai Kejohanan Bolasepak Kementerian Pembangunan.jpg

ANTARA aksi perlawanan antara pasukan Jabatan Ukur dan Gabungan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (DG DAF).

BERAKAS, Selasa, 16 Ogos. – Pasukan Jabatan Ukur muncul juara pada Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2021 setelah menewaskan pasukan gabungan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (DG DAF) dengan keputusan 1 – 0. Perlawanan diadakan di Padang Kompleks Sukan Berakas.

Sementara itu, Abang Nor Sillmy bin Abang Haji Taha dari Jabatan Ukur menerima Anugerah Penjaring Terbanyak setelah menjaring lapan gol di sepanjang perlawanan kejohanan berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan piala ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Juga diundang ialah Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

Perlawanan akhir bagi Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan bagi tahun 2021 kelolaan Jabatan Ukur telah ditangguhkan sebelum ini disebabkan oleh penularan gelombang kedua wabak COVID-19.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments