Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Tahlil dan Doa Arwah sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia

Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah | Ahad, 05 Jun 2016

3bc57b5dc87a13ad34eb0fedf958a283_XL.jpg 

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, ketika membaca Tahlil bersama warga Kementerian Pembangunan bersempena Menyambut Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan Berakas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Jun. - Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan terus menyebarkan kepada orang ramai mengenai dengan kepentingan dalam pemeliharaan alam sekitar.

Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di surau kementerian tersebut petang tadi.

Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 040616_AMP2_MOD.jpg

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, ketika menanam beberapa pohon pokok bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di kawasan kementerian tersebut.

Majlis diselajurkan dengan penanaman pokok di sekitar kawasan kementerian berkenaan.

Acara seumpamanya merupakan kesinambungan bagi program yang diadakan semasa Sambutan Hari Bumi pada 22 April lalu.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments