Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Ukur 'A' menang tipis tewaskan JASTRE

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1_Ukur 'A' menang tipis tewaskan JASTRE.jpeg

Tetamu kehormat Yang Mulia, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan bergambar ramai dengan juara pasukan Ukur 'A'.

KOMPLEKS SUKAN UBD, Ahad, Oktober 16 – Jabatan Ukur (Kumpulan Ukur 'A') muncul juara bagi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi kalah tipis dengan jaringan 11 berbalas 13 dan mengambil tempat sebagai Naib Juara, manakala tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Ukur (KumpulanUkur 'B'). Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Mulia, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan selaku tetamu kehormat.

2_Ukur 'A' menang tipis tewaskan JASTRE.jpeg 3_Ukur 'A' menang tipis tewaskan JASTRE.jpeg

NAIB johan pasukan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan tempat ketiga pasukan Ukur 'B' (Jabatan Ukur).

Kejohanan yang berformatkan 'round robin' ini disertai oleh sebanyak sembilan (9) buah pasukan iaitu: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan (JKR), Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur (Kumpulan Ukur 'A'), Jabatan Ukur (Kumpulan Ukur 'B'), Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Jalan Raya.

Turut hadir menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi selaku Pengerusi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 2022; Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan UndangUndang); Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan); Dayang Hajah Husnah binti Haji Awang Damit, isteri Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional); Ketua-ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Antara lain objektif kejohanan ini diadakan ialah untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan lebih-lebih lagi setelah ianya baru dapat diadakan semula pasca pandemic COVID-19. Selain daripada itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dalam bekerja secara berpasukan, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments