Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kunjungan Muhibah PUB Singapura
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kunjungan Muhibah PUB Singapura.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menerima cenderahati kenangan daripada ketua delegasi Lembaga Perbekalan Awam Republik Singapura.

BERAKAS, Khamis, 27 Oktober – Kementerian Pembangunan menerima kunjungan muhibah daripada Lembaga Perbekalan Awam Republik Singapura (PUB). Kunjungan berkenaan disambut oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Delegasi daripada PUB seramai tiga (3) orang diketuai oleh Tuan Michael Toh, Pengarah, Jabatan Kerjasama Industri dan Teknologi, PUB; Tuan Puah Aik Num, Konsultant Teknologi dan Tuan Liang Junwen, Pengurus Kanan, Jabatan Kerjasama Industri dan Teknologi, PUB.

2_Kunjungan Muhibah PUB Singapura.jpg

Sesi bergambar ramai bersama delegasi Lembaga Perbekalan Awam Republik Singapura.

Turut hadir Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan juga Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Lawatan selama tiga hari delegasi dari PUB Republik Singapura ke negara ini adalah antara usaha kerjasama persefahaman yang terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, sepertimana dalam mesyuarat Brunei-Singapore Annual Exchange of Visits (BSAEV), dan melalui lawatan ini juga diharapkan ianya akan memberi peluang kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya mengongsikan cabaran yang dihadapi pada masa ini dan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pihak PUB Republik Singapura dalam penambahbaikan kualiti air di negara ini.

Attachments