Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Warga MoD terima anugerah sempena HPA Ke-29
Oleh: Kementerian Pembangunan

1_Warga MoD terima anugerah sempena HPA Ke-29.jpeg 2_Warga MoD terima anugerah sempena HPA Ke-29.jpeg

PARA penerima Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam dan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 November. – Dua orang warga Kementerian Pembangunan telah menerima anugerah sempena Hari Perkhidmatan Awam di Majlis Penghargaan dan Penyampaian Anugerah-Anugerah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29, Tahun 2022, yang diadakan di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri.

Para penerima ialah Wan Mohd Nor Sani bin Wan Raduan, Pembantu Pejabat di Pejabat Menteri yang menerima Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam, dan Awang Muhd Hanis bin Azhari, Kerani Kewangan di Jabatan Kemajuan Perumahan yang menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, yang juga selaku Tetamu Kehormat Majlis.

3_Warga MoD terima anugerah sempena HPA Ke-29.jpeg

KUMPULAN Fit For Purpose menerima Anugerah Inovasi Perdana 2022.

Di majlis itu juga, Kumpulan Fit For Purpose dari Jabatan Ukur, Cawangan Daerah Tutong dipilih sebagai pemenang Anugerah Perak bagi Anugerah Inovasi Perdana (AIP) dengan projek bertajuk “Penyelidikan Pengukuran Metodologi 'Fit For Purpose' Bagi Negara Brunei Darussalam". Pemenang menerima geran pembelajaran atau projek, sebuah piala dan sijil penghargaan.

Kumpulan Fit For Purpose diketuai oleh Juruukur Daerah Tutong, Awang Abdul Khaliq bin Bujang sementara ahli-ahlinya ialah Ketua Juruteknik Ukur, Awang Johan bin Zinin; Juruteknik Ukur Kanan, Awang Haji Zulkapali bin Haji Kechik; Juruteknik Ukur, Awang Sia Kok Ann; Juruteknik Ukur, Awang Haji Muhammad Subhi Abdillah bin Haji Bakir; Juruteknik Ukur, Awang Muhd Adam Qarwi @ Duke bin Abdullah Nikal; dan Juruteknik Ukur, Dayang Siti Nur Munirah binti Wahit.

4_Warga MoD terima anugerah sempena HPA Ke-29.jpeg

JABATAN Ukur menerima sijil pengiktirafan di tahap Baik bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA).

Selain itu, Jabatan Ukur turut menerima sijil pengiktirafan di tahap Baik bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) melalui Penarafan Bintang Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2022.

Attachments