Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

6_37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh selaku tetamu kehormat semasa sesi bergambar ramai.

BERAKAS, Khamis, 9 Mac. – Kementerian Pembangunan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei telah menganjurkan Kursus Asas Penyiasatan selama tiga hari bagi pegawai dan kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dari 7 Mac 2023 hingga 9 Mac 2023. Kursus diadakan di Atria Simpur Dewan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan agensi di bawah Kementerian Pembangunan mengenai penguatkuasaan mengikut amalan terbaik yang diamalkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.

Seramai 37 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut iaitu dari Jabatan Tanah; Jabatan Kemajuan Perumahan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi); Jabatan Kerja Raya; Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

2_37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan.JPG 3_37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan.JPG
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh menyampaikan sijil kepada beberapa orang peserta kursus.

Fasilitator-fasilitator adalah terdiri daripada pegawai-pegawai polis dari Pasukan Polis Diraja Brunei yang telah mengongsikan kepakaran mereka mengenai asas penyiasatan.

4_37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan.JPG 5_37 orang menerima sijil Kursus Asas Penyiasatan.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh menyampaikan sijil penghargaan kepada fasilitator-fasilitator dari Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada semua peserta kursus dan fasilitator telah diadakan pada hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Semasa menyampaikan kata-kata aluannya, Dayang Aldila antara lain menyentuh mengenai kepakaran fasilitator dari Pasukan Polis Diraja Brunei yang sudah pasti membantu pihak Kementerian untuk lebih memahami selok-belok tugas dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab berkaitan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Adalah antara visi Kementerian Pembangunan supaya pegawai-pegawai dan kakitangan untuk berwibawa dan dapat menyumbang kepada masyarakat dengan memastikan kemajuan di Negara Brunei Darussalam adalah selamat dan mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian.

Attachments