Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Projek pembinaan jejambat ditandatangani

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Ehsan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Projek pembinaan jejambat ditandatangani.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan kontrak.

BERAKAS, Isnin, 20 Mac. – Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar merupakan salah satu projek berterusan dan yang berdaya tahan dalam memastikan penyediaan dan penyelenggaraan rangkaian aset jalan raya yang efisien dan selamat untuk digunakan.

Sebagai strategi peneraju wawasan, pembinaan jejambat di persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong dan Jalan Utama Tanah Jambu ini juga dihasrat dapat mendokong perkembangan aktiviti perindustrian dengan menyediakan laluan yang lebih efisien bagi pengangkutan bahan-bahan perindustrian.

Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Kontrak bagi projek berkenaan telah diadakan pada petang tadi, di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.​

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan penandatanganan kontrak berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Penandatanganan Kontrak ditandatangani antara Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, dan Pemangku Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Rafitra bin Haji Abdul Razak, bagi pihak Kementerian Pembangunan dengan Awang Mohamad Zul Fakhri bin Mohd Sofian dan Awang Kua Tshin Heng bagi pihak kontraktor.

Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar ini menelan belanja sebanyak BND15,218,818.00 di bawah kontraktor Surati Construction Sdn. Bhd. dan dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan.

Turut hadir di majlis ini ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments