Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid diberikan penerangan mengenai kedudukan anak bulan Ramadhan oleh pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

TUNGKU LINK, Rabu, 22 Mac. – Pada tahun ini, lima buah lokasi telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Ramadhan 1444, iaitu, Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong; Tanjung Batu, Pekan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait; dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.

Hadir pada majlis pencerapan yang diadakan di Menara DST, Bangunan DST Headquarters ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, dan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

4_Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria turut hadir di majlis pencerapan yang diadakan di Menara DST, Bangunan DST Headquarters.

Sebelum pencerapan dimulakan, beberapa taklimat ringkas telah disampaikan. Terdahulu, disampaikan taklimat mengenai proses pencerapan anak bulan Ramadhan daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan diikuti dengan taklimat berhubung kedudukan hilal Ramadhan dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

2_Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan.JPG 1_Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan.JPG

TAKLIMAT disampaikan sebelum pencerapan anak bulan Ramadhan dimulakan.

Majlis pencerapan tersebut diakhiri dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.​

Umat Islam di negara ini mula berpuasa pada hari Khamis, 23 Mac 2023 setelah anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit dilihat di beberapa buah lokasi pencerapan di negara ini.

Hasil pencerapan anak bulan Ramadhan tersebut turut disiarkan ke seluruh negara melalui radio dan televisyen.​​

5_Anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit kelihatan.JPG

SEKITAR majlis pencerapan hilal 1 Ramadhan 1444 Hijrah yang diadakan di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Tungku.

Attachments