Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan Majlis Tahlil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Tahlil.JPG

ROMBONGAN Kementerian Pembangunan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 April. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan bagi paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Rombongan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan dihadiri oleh kira-kira 300 orang warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

2_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Tahlil.JPG 3_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Tahlil.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan yang hadir semasa Majlis Tahlil berkenaan.

Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Lumapas, Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Mohd Hassan.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena bulan Ramadhan.

Attachments