Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan mengadakan majlis Khatam Al-Quran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan mengadakan majlis Khatam Al-Quran.jpeg

MAJLIS Khatam Al-Quran di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

LAMBAK KANAN, Isnin, 17 April. – Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya petang ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, diselajurkan dengan Tahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan.

Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Ketua-Ketua Jabatan serta warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa satu unit komputer riba dan satu unit 'printer' dan juga wang tunai sejumlah $400.00 bagi pembelian 'bird spikes' bagi kegunaan masjid berkenaan kepada imam masjid berkenaan, Imam Awang Haji Julazni bin Haji Zaini.

2_Kementerian Pembangunan mengadakan majlis Khatam Al-Quran.jpeg 3_Kementerian Pembangunan mengadakan majlis Khatam Al-Quran.jpeg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan sumbangan wakaf kepada imam Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, Imam Awang Haji Julazni bin Haji Zaini.

Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Sementara itu bacaan tahtim, doa khatam, tahlil dan Doa Kesyukuran dikepalai oleh imam masjid. Majlis diselajurkan dengan berbuka puasa serta solat Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan merupakan antara aktiviti tahunan yang dijalankan di Kementerian Pembangunan sepanjang bulan Ramadhan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

Attachments