Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja diraikan

Oleh: Kementerian Pembangunan

BERAKAS, Sabtu, 29 April. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya petang tadi mengadakan Sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar serta Doa Hajat yang diselajurkan dengan Ratib Al-Attas sempena Sambutan Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2023 yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri.

Majlis ini merupakan sambutan bersempena dengan Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja atau 'World Day for Safety and Health at Work' yang diadakan pada setiap 28 April khususnya bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan juga semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan di negara ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Majlis ini bertujuan bagi memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negara Brunei Darussalam sentiasa diberikan perlindungan agar terhindar daripada apa jua mara bahava atau malapetaka serta khusus untuk memohon keselamatan dan kesihatan bagi semua wargakeria yang terlibat dalam industri pembinaan agar terpelihara dari sebarang kejadian berbahaya, kemalangan dan juga penyakit-penyakit yang berkaitan pekeriaan.

Seperti sambutan pada tahun yang sebelumnya, program lain juga akan turut diadakan, iaitu Minggu Keselamatan dan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (MKK 2023) yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun akan datang.

Program seperti ini amat bermanfaat kepada pihak yang berkenaan dan merupakan usaha berterusan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam aspek keselamatan dan kesihatan terutamanya bagi semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan.

Antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang minggu berkenaan adalah sesi-sesi taklimat oleh penceramah jemputan dan pameran berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan, Kempen Derma Darah serta kempen pengurusan dan kebersihan pejabat.

Pameran-pameran berkenaan akan disertai oleh jabatan-jabatan di bawah Jabatan Kerja Raya, syarikat pembekal peralatan keselamatan, penyedia latihan keselamatan dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta beberapa jemputan daripada kementerian lain.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments