Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Mei. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya, hari ini, mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

3_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG

MAJLIS diisikan dengan ceramah khas bertajuk “Ibrah Daripada Ibadah Haji" yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nasyith bin Superi.

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Ibrah Daripada Ibadah Haji" yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Muhammad Nasyith bin Superi.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati daripada pegawai dan kakitangan Kementerian kepada bakal-bakal jemaah haji.

4_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG 6_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG

7_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG 8_Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyampaikan cenderahati kepada bakal-bakal jemaah haji.

Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Muhammad Nasyith untuk memohon keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan semasa berada di tanah suci dan memperoleh haji yang mabrur.

Seramai 17 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Majlis keagamaan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dalam meraikan para pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd Razak;  Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments