Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan semarak Ramadan dengan Khatam Al-Quran

Oleh: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin | Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin | Ahad, 26 Jun 2016

bfe71246cf1fa592b34a9d4de588e7fe_XL.jpg 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Jun. - Umat Islam digalakkan untuk melazimkan diri membaca dan mempelajari Al-Quran pada bulan Ramadan ini, yang mana setiap amalan akan menerima ganjaran yang berlipat ganda.

Sehubungan itu, dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, berlangsung di Masjid Duli Pengiran Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, di sini.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

250616_SYIAR_MOD-1.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan sumbangan wakaf kepada Imam Masjid Duli Pengiran Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Awang Faizal bin Rosli bagi keperluan masjid berkenaan.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; serta ketua-ketua jabatan / divisyen, pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa satu unit 'water jet' dan satu unit 'leaf blower' bagi keperluan masjid berkenaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan kepada imam masjid tersebut, Awang Faizal bin Rosli.

250616_SYIAR_MOD-4.jpg

TURUT hadir ialah Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan / divisyen, pegawai serta kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Acara diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran didahului oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan bacaan Takhtim dan Doa Tahlil Arwah beramai-ramai dan diselajurkan dengan berbuka puasa serta menunaikan Solat Fardu Maghrib Berjemaah.

Majlis ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk pada bulan Ramadan oleh pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments