Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Tinjau projek kemajuan Kementerian Pembangunan

Oleh: Siaran Akhbar dan Foto: Ihsan Kementerian Pembangunan | Rabu, 20 Julai 2016

 56d61b52eaa5efea33f8aa667bb20256_XL.jpg

President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal bersama 15 ahli rombongan telah mengadakan kunjungan muhibah ke Kementerian Pembangunan dan ketibaan rombongan ke kementerian berkenaan dialu-alukan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Julai. - President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal bersama 15 ahli rombongan telah mengadakan kunjungan muhibah ke Kementerian Pembangunan.

Ketibaan rombongan ke kementerian berkenaan dialu-alukan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Semasa perjumpaan tersebut, ahli delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste turut membincangkan projek-projek kemajuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan antaranya isu-isu yang berkaitan dengan penyediaan rumah-rumah bagi projek Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan juga perancangan dan pelaksanaan dalam penggunaan tanah di negara ini.

Rombongan tersebut juga dijadualkan melawat ke tapak projek RPN Lugu, di Daerah Brunei dan Muara.

Juga hadir Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan.

Delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste diiringi oleh Chargé d'Affaires Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Erminio da Silva Pinto.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments