Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kempen Kebersihan Brunei Darussalam dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan / Jabatan Penerangan

1_Kempen Kebersihan Brunei Darussalam dilancarkan.JPG

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku tetamu kehormat dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan merasmikan Kempen Kebersihan Brunei Darussalam. (Foto: Jabatan Penerangan)

KAMPONG LAMUNIN, DAERAH TUTONG, Sabtu, 4 November. – Kempen kebersihan dalam skala besar dan secara bersepadu adalah diharap akan dapat meningkatkan community involvement atau community engagement agar masyarakat lebih aktif dalam mendokong usaha-usaha berkaitan kebersihan dan meningkatkan kebersihan persekitaran.

Salah satu acara Kempen Kebersihan telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang hadir selaku tetamu kehormat dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan.

Acara perasmian diadakan di Dataran Balai Raya Gong 3, Kampong Lamunin, Daerah Tutong.

2_Kempen Kebersihan Brunei Darussalam dilancarkan.JPG

SESI bergambar ramai.

Objektif kempen ini ialah untuk memberi kesan positif dan menerapkan nilai rasa tanggungjawab kepada komuniti bagi amalan kebersihan kampung-kampung dan kawasan persekitaran disamping menggalakkan ahli komuniti untuk bersama-sama, memupuk rasa perpaduan dalam lokaliti warga kampung bagi menangani isu kebersihan.

Selain itu, kempen ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar yang bersih dan kesan kepada alam sekitar. Ia juga menyumbang kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat untuk mengurangkan risiko isu kesihatan. Kempen juga dihasrat untuk menggalakkan perubahan yang berkekalan bagi orang awam untuk mengamalkan tabiat bersih.

Kempen inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan ini melibatkan beberapa buah sektor kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, institusi kewangan, Penghulu dan Ketua-ketua Kampung, penduduk kampung, serta para sukarelawan.

3_Kempen Kebersihan Brunei Darussalam dilancarkan.JPG 4_Kempen Kebersihan Brunei Darussalam dilancarkan.JPG

KEMPEN Kebersihan yang diadakan di Kampong Lamunin, Daerah Tutong.

Kempen yang disertai oleh lebih kurang 400 orang itu telah mengumpulkan lebih dari 406 kilogram sampah di akhir kempen berkenaan.

Berikutan acara perasmian kempen kebersihan ini, setiap kementerian akan menjalankan kempen masing-masing mengikut jadual.

Turut hadir semasa acara perasmian kempen kebersihan ini ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Sumber: Siaran Akhbar Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan.

Attachments