Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pembukaan tadarus Al-Quran​

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pembukaan tadarus al-Quran.jpeg

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan hadir merasmikan acara tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Mac. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1445H / 2024M yang berlangsung di surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah (Ayat 1 hingga 57) beramai-ramai bersama para qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai- pegawai Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

2_Pembukaan tadarus al-Quran.jpeg

ANTARA yang hadir.

Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di surau Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan.

Attachments