Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis keugamaan sempena Hari Juruukur Sedunia 2024​

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Majlis keugamaan sempena Hari Juruukur Sedunia 2024.jpeg

SESI bergambar ramai yang turut disertai oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) selaku tetamu kehormat majlis.

KAMPONG MADANG, Khamis, 21 Mac. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) mengadakan Majlis Solat Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah, dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2024.

Majlis diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang.

Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen serta presiden dan ahli-ahli B.I.G.

3_Majlis keugamaan sempena Hari Juruukur Sedunia 2024.jpeg 2_Majlis keugamaan sempena Hari Juruukur Sedunia 2024.jpeg

ANTARA yang hadir ke majlis keugamaan sempena Hari Juruukur Sedunia 2024.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Zohor berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah, dan Doa Kesyukuran beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Bilal Razman bin Haji Ramblee.

Majlis keugamaan ini membuka tirai Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2024 bagi Negara Brunei Darussalam.

Hari Juruukur Sedunia diadakan pada setiap 21 Mac untuk memperingati kepentingan profesyen serta bidang tugas Juruukur.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments