Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Khatam Al-Quran semarakkan bulan Ramadhan​

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

5_Khatam Al-Quran semarakkan bulan Ramadhan.jpeg

MAJLIS Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Kampong Labu Estate, Daerah Temburong.

LABU ESTATE, TEMBURONG, Sabtu, 6 April. – Acara tadarus Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadhan 1445H / 2024M yang diadakan sejak awal Ramadhan di surau Kementerian Pembangunan berakhir petang tadi dengan Majlis Khatam Al-Quran, diselajurkan dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Kampong Labu Estate, di sini.

Majlis dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan bacaan Juzuk 30 beramai-ramai bersama enam puluh satu (61) qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban yang dikepalai oleh Awang Hifzhuddin bin Lamudin dan Awang Muhammad Hafiy bin Awang Noorsam @ Noorsyam, serta bacaan Doa Khatam oleh Ketua Imam Masjid Kampong Labu Estate, Awang Khairulamirin Fitri bin Haji Samsudin dan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh Imam Nortaqiuddin bin Nordin.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua-Ketua Jabatan diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam masjid berkenaan.​

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, selaku Ketua Kampong Labu Estate; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh;  Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pembangunan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah subhanahu wata'ala.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan.

Attachments