Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur 'A' juara Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan

​Oleh: Haniza Abdul Latif | Foto: Hernie Suliana Hj Othman | Isnin, 29 Ogos 2016

7423ad59168a5a50db184740e6407d55_XL.jpg 

TETAMU kehormat, isteri Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Datin Dr. Hajah Junaidah binti Haji Abu Bakar menyampaikan piala dan medal kepada Pasukan Jabatan Ukur 'A' yang memenangi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2016.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Ogos. - Jabatan Ukur 'A' muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2016.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Bola Jaring Sekolah Sukan, Kampung Pulaie, Jabatan Ukur 'A' berjaya menewaskan Jabatan Tanah dengan kutipan mata 19 - 6.

Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Jabatan Ukur 'B'.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah isteri Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Datin Dr. Hajah Junaidah binti Haji Abu Bakar.

 280816_HERNIE2_NETBALL.jpg

TETAMU kehormat, isteri Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Datin Dr. Hajah Junaidah binti Haji Abu Bakar bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang berjaya memperoleh kemenangan pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2016.

Sebanyak enam kumpulan telah menyertai kejohanan anjuran bersama oleh Jabatan Teknikal dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya yang diadakan secara 'Round Robin'.

Pasukan bertanding terdiri dari Jabatan Ukur 'A', Jabatan Ukur 'B', Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta Jabatan Perkhidmatan Teknikal.

Tujuan utama kejohanan itu ialah bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan kementerian juga jabatan-jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas serta aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan, di samping meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan serta mengeratkan lagi silaturahim juga kerjasama di antara jabatan-jabatan di bawah kementerian tersebut.

Turut hadir ialah isteri Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan; pegawai-pegawai serta kakitangan di kementerian berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments