Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pindah Milik Tanah melalui 'online'

Oleh: Jabatan Tanah

Sistem LARIS_e1.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Januari. - Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah telah melancarkan Sistem Maklumat Pendaftaran Tanah dan Permohonan Tanah atau 'Registration Information System' (LARIS) pada 16 Februari 2016 untuk  kegunaan orang ramai.

Sistem LARIS (https://laris.gov.bn) digunakan oleh orang ramai bagi mendapatkan permohonan secara atas talian atau 'online'  bagi permohonan 1) Pindah milik tanah; 2) Gadaian tanah; 3) Menyambung tempoh pajakan tanah; 4) Pajakan tanah persendirian dan 5) Tukar syarat khas tanah.

Sehubungan itu,  sukacita memaklumkan bahawa permohonan pindah milik tanah melalui atas talian atau 'online' adalah mandatori mulai 1 Februari 2017 dengan menyemak lampiran Tatacara Permohonan Pindah Milik Tanah melalui Sistem LARIS.

Sebarang pertanyaan mengenainya, orang ramai bolehlah berhubung ke Jabatan Tanah di Daerah Brunei dan Muara iaitu di Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah, Jabatan Tanah atau bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bertempat di Pejabat Tanah Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Waktu penerimaan pertanyaan adalah hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.

Tatacara Permohonan Pindah Milik melalui Sistem LARIS adalah seperti berikut iaitu pemohon perlu mempunyai alamat e-mel peribadi; mendaftar ke portal e-Darussalam; mengaktifkan akaun e-Darussalam dan seterusnya mendapatkan akses ke Sistem LARIS di http://laris.gov.bn.

Selain itu, para pemohon hendaklah memilih permohonan pindah milik dan mengisi borang secara 'online' atau memuat naik dokumen-dokumen asal yang telah diimbas dalam format pdf mengikut senarai semak permohonan.

Di samping itu, para pemohon juga hendaklah memastikan semua maklumat yang diisi adalah benar dan betul sebelum menekan 'submit' untuk menghantar permohonan atau tekan butang 'save' untuk menyimpan maklumat yang telah diisikan.

Sebagai peringatan, cukai tanah hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menghadapkan permohonan pindah milik melalui LARIS. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments