Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyediaan infrastruktur sosioekonomi tingkat kualiti kehidupan

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

 3.jpg

SESI muzakarah di antara Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya bersama beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Dalam mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035, Kementerian Pembangunan akan terus menyediakan infrastruktur sosioekonomi seperti Skim Rancangan Perumahan Negara, prasarana jalan raya, perkhidmatan air bersih, pembentungan dan saliran sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta memberikan penekanan dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pengurusan sumber.

Demikian antara yang digariskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa mempengerusikan sesi muzakarah di antara Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya bersama beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Pada sesi muzakarah itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan turut mengongsikan mengenai dengan usaha-usaha yang giat dijalankan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

Antara usaha-usaha tersebut ialah penambahbaikan terhadap proses dan prosedur permohonan pindah milik tanah, kebenaran pembinaan dan pelancaran sistem Land Registration (LARIS) di Jabatan Tanah.

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sempena pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Negara yang baru.

1xl.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah mempengerusikan sesi muzakarah di antara Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya bersama beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara.

Taklimat mengenai peranan Kementerian Pembangunan telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah.

Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara diketuai oleh Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty selaku wakil Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa sesi muzakarah itu amat bermanfaat bagi sama-sama mendalami lagi pemahaman tentang pelan-pelan strategik dan inisiatif Kementerian Pembangunan, sama ada ianya masih dalam proses perancangan ataupun yang sudah dilancarkan serta bertukar-tukar fikiran dan menambah nilai untuk rakyat.

 2.jpg

SESI bergambar ramai sebelum memulakan muzakarah di antara Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya bersama beberapa orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Turut hadir pada sesi muzakarah tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta pegawai-pegawai di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments